hello reader,

if you like my story blog

follow my blog okay!

i love you
butterfly(s) is reading

Wednesday, December 22

Youtube pun youtube lah

Salam semua,
Korang semua nak tahu aku memang gila dengan drama CINTA KIRANA tapi tak tahu la kenapa? Kalau sehari tak tengok memang tak sah kot. But now cerita tu dah tak ada, bengang tu tak dapat tengok episod yg akhir. Nasib baik boleh tengok dekat YOUTUBE. Hishh aku nak story sikit lah dekat korang sinopsis episod akhir cerita ini.

Kirana terkejut sangat bila dapat tahu Galang mengalami kemalangan. Tengok Kirana yang panik, lalu Raka mengajak Kirana melawat Galang di Hospital.

Kirana sangat terkejut melihat kondisi Galang. Dia macam tak mau meninggalkan Galang. Hal ini membuat kan Raka tahu yang Kirana masih mencintai Galang. Namun setelah mendengar percakapan Nenek Sita, Kirana memutuskan untuk tetap melangsungkan pernikahannya dengan Raka. Kirana pun meninggalkan Galang dan terus balik ke Jakarta bersama Raka.

Persiapan perkahwinan dilangsungkan. Namun sehari sebelum perkahwinan, Raka melihat Kirana memegang kebaya yg diberi oleh Galang sambil menangis. Raka pun sedar bahawa Kirana tidak dapat melupakan Galang.

Di hari pernikahan Raka membatalkan dan menyuruh Kirana bertemu dengan Galang. Kirana terkejut dengan ucapan Raka itu, namun Raka menegaskan sikapnya itu. Kirana akhirnya berlari dan meninggalkan majlis itu. Raka hanya menatap dengan berasa sedih.

Kirana cuba mencari Galang namun ia tidak jumpa. Dengan sedih Kirana pergi ke danau dan mencurahkan hatinya. Tapi Kirana sedar bahawa Galang yang sudah ada di sana mendengar semuanya. Kirana dan Galang pun bersatu kembali.
-THE END-

So if korang malas nak buka youtube korang boleh tengok melalui blog aku je. Aku tak kisah pun ni aku masukkan cerita dia. Dia ada part 1 sampai part 5 okay. Aku dah tengok pun, ni yang aku nak share dekat korang (:






P/s : Sorry lah kalau movie ni tak berkualiti

Written by Eryne Zulaikha Azman :)

No comments:

Post a Comment